"ANDAI DIRI TIDAK SEBAIK SUMAYYAH,NAMUN BERSYUKUR ANDAI DIRI PERNAH MENABUR BENIH ISLAM DIBUMI"

Tuesday, November 3, 2009

TAHUKAH KITA??





Anak-anak merupakan anugerah daripada Ilahi yang amat berharga khas untuk suami isteri yang melayari bahtera rumahtangga.Kelahirannya amat dinantikan oleh mana-mana pasangan,terutamanya yang baru berkahwin.Kelahirannya bak mutiara yang amat dinantikan didasar lautan.


Walaupun begitu, apa yang ingin penulis ingin bicarakan disini ialah tentang kemampuan kanak-kanak namun tahukah kita bahawanya kemampuan kanak-kanak adalah luar biasa.Mengikut kajian Erikson, menurut pakar psikologi personaliti mengeluarkan kajian yang telah dibuatnya mengenai "Ego Psychology", kanak-kanak sekitar dua tahun apabila keinginannya ingin dicapai maka kanak-kanak tersebut dikategorikan kepada "autonomy"


Sekiranya kehendak kanak-kanak tersebut dihalang oleh ibu atau bapanyasecara tidak langsung ianya mendidik kanak-kanak tersebut didalam kategori "guilty". ketika berumur dua tahun ini,biasanya ibu bapa akan memanggil waktu ini sebagai "Terrible 2s".


Menurut kajian Erikson, pada peringkat ini ,kanak-kanak seolah bertanya kepada dirinya how much do I control this world ?(setakat mana saya kawal dunia ini?)


Sekiranya kanak-kanak disuruh berjalan,dia akan menunjukkan kebolehan berlari.Jika disuruh untuk bercakap,dia akan bertempik.