"ANDAI DIRI TIDAK SEBAIK SUMAYYAH,NAMUN BERSYUKUR ANDAI DIRI PERNAH MENABUR BENIH ISLAM DIBUMI"

Tuesday, February 15, 2011

HAI2!!ANDA ADALAH APA YANG ANDA MAKAN

ASSALAMUALAIKUM.

Dah lame tidak untuk mengukir mutiara2 ilmu disini untuk dikongsi bersama sahabat2....yang ni pom,,ana ambik dari asingment y telah siap dibuat bersama sahabt y sntiasa mberi semangat kat ana...alhamdulillah akhirnya siap...fikir2,,baik jugak dmasukkn kedalam blog,bukan x der bahan untuk dmasukkan tapi untuk dikongsi kpd shabat2..kertas kije ni hasil drpd kelas PERSOALAN FIQH SEMASA...ALHAMDULILLAH..banyak jugak y diperolh hasil dari kajian y x sberapa niyy...bila dkaji betapa banyaknya makanan yang ada disekeliling kita terdapat bnda yang tlarang dan syubhat..MASYA ALLAH...teringat pula kata2 dari sebuah buku yang dibaca, ANDA ADALAH APA YANG KAMU MAKAN.andai makanan y kotor y kita makan,maka kotor lah hati, maka buruk pula pd tabiatnya...ish2x dahsyat sungguh..

moga catatan ini ader manfaatnya..INSYA ALLAH..


MAKSUD PENAMBAH MAKANAN

Bahan tambah makanan ialah bahan kimia yang ditambahkan ke dalam makanan untuk tujuan mengawet, atau meningkatkan bau, rasa, dan rupa makanan.

HUKUM DAN DALIL

Terdapat beberapa asas penting berkaitan dengan makanan dan minuman.

1. Apa sahaja yang dinaskan oleh al-Quran sebagai haram, hukumnya haram dan apa saja yang dinaskan oleh al-Quran sebagai halal, hukumnya halal. antara nas al-quran yang menyentuh tentang pengharaman makanan dan minuman tertentu ialah:

¨@Ïmé& öNä3s9 ßø|¹ ̍óst7ø9$# ¼çmãB$yèsÛur $Yè»tFtB öNä3©9 Íou$§¡¡=Ï9ur ( tPÌhãmur öNä3øn=tæ ßø|¹ ÎhŽy9ø9$# $tB óOçFøBߊ $YBããm

Maksudnya:

Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut, dan makanan Yang didapati dari laut, sebagai bekalan bagi kamu (untuk dinikmati kelazatannya) dan juga bagi orang-orang Yang Dalam pelayaran; tetapi diharamkan atas kamu memburu binatang buruan darat selama kamu sedang berihram.

2. Misalnya lagi ialah sabda Rasulullah s.a.w di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan menerusi ibn Abbas r.a:

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم نهى عن كل ذي ناب من السباع وعن كل ذي مخلب من الطير.

Maksudnya:

Rasulullah s.a.w melarang memakan binatang buas yang bertaring dan burung yang mempunyai kuku yang mencakar.

3. Jika tidak ditemui sebarang nas di dalam al-Quran dan juga al-sunnah yang menjelaskan tentang halal dan haram sesuatu binatang, kita akan melihat kepada citarasa orang arab. jika citarasa mereka baik terhadap sesuatu binatang, hukumnya dikira baik dan jika dilihat sebagai buruk,hukumnya adalah haram. Inilah yang dinyatakan oleh ibn Qudamah dan beliau berdalilkan firman Allah s.a.w:

@Ïtäu ÞOßgs9 ÏM»t6Íh©Ü9$# ãPÌhptäur ÞOÎgøŠn=tæ y]Í´¯»t6yø9$#

Maksudnya:

Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk.

Setiap makanan yang suci dan tidak menimbulkan kemudaratan halal memakannya tanpa mengira sama ada berbentuk binatang, tanaman-tanaman mahupun buah-buahan kecuali terdapat dalil syarak yang menghukumkannya sebagai haram (Basri Bin Ibrahim Al-Hasanial-Azhari 2009).

FUNGSI DAN PENGGUNAAN BAHAN TAMBAHAN BUATAN DALAM MAKANAN

Dalam industri pemprosesan makanan, bahan tambahmakanan buatan ditambahkan kepada makanan untuk menjadikan makanan

a) Lebih bermutu

b) Lebih tahan lama

c) Kelihatan lebih menarik

d) Lebih mudah dicerna

e) Lebih sedap dimakan.

ULASAN ULAMA’ TENTANG PENAMBAH MAKANAN

Halal: status halal ini diberikan kepada bahan ramuan yang diperolehi daripada 100 peratus ramuan mentah yang halal tanpa penggunaan alkohol. Ia merupakan bahan-bahan berasakan tumbuhan dan bahan kimia.

Haram: ramuan yang diperolehi daripada sumber binatang atau menggunakan alcohol. Semua hasil sampingan binatang yang halal dimakan adalah haram jika binatang itu disembelih tanpa menyebut nama Allah.

Masbuh: status masbuh diberikan kepada nombor-nombor E yang tidak diketahui sumber bahan mentahnya. Ia mungkin diperolehi daripada sumber tumbuhan atau binatang, selain maklumat yang tidak lengkap mengenai penggunaan alkohol sebagai ramuan utamanya.

MACAM MANA TERHASILNYA PENAMBAH MAKANAN

Penambah makanan yang dibuat kebiasaanya dibuat daripada campuran bahan kimia. Antara penambah makanan yang digunakan dalam makanan ialah:

· Mono dan digliserida

Mono dan digliserida adalah campuran bahan berlemak yang mengandungi gliserol dan satu (mono) atau dua (di) asid lemak. terdapat secara komersial mungkin dihasilkan daripada minyak sayuran, lemak lembu, lemak babi atau minyak ikan.(Anon:2006)

· Gelatin

Gelatin ialah produk protein yang secara komersial dihasilkan daripada kulit babi, tulang lembu, kulit anak lembu atau kulit ikan. Apa jua produk yang mengandungi gelatin adalah haram atau meragukan (masbuh), kerana sumber binatang yang digunakan tidak disebut, kecuali jika labelnya secara jelas menyebut penggunaan gelatin yang halal atau daripada sumber ikan. (Anon:2006)

· Enzim

Penggunaannya begitu meluas dalam industri makanan dan tenusu.sumbernya mungkin diperolehi daripada binatang, tumbuhan atau mikrob. enzim binatang yang lazim digunakan renin daripada perut anak lembu dan pepsin diperolehi daripada perut babi. (Anon:2006)

· Gliseren

Gliseren dihasilkan daripada lemak atau minyak binatang, lemak sayur atau bahan-bahan petrokimia. (Anon:2006)

· Lesitin (lecithin)

Ia terkandung dalam bahagian-bahagian berlemak sama ada daripada tumbuhan atau binatang atau mengandungi lemak sebagai pengemulsi. sumber lisetin yang paling kerap digunakan ialah kacang soya, tetapi label pada barangan biasanya jarang menyebut daripada mana sumber itu diperolehi. (Anon:2006)

· Alcohol

Alcohol adalah bahan yang memabukkan dan haram diambil oleh umat Islam.banyak perisa cecair (seperti vanilla) mengandungi alcohol yang mungkin didapati dalam aiskrim soda, hiasan salad dan sos. (Anon:2006)

· Rennet

Rennet mengandungi renin yang diperolehi daripada bahagian perut anak lembu atau binatang lain yang biasanya digunakan untuk membekukan susu dalam proses membuat keju dan dadih. Renet yang diperolehi daripada binatang halal dan disembelih mengikut hukum syarak adalah halal. (Anon:2006)

· Ekstrak vanilla

Ia merupakan pati perisa yang dihasilakan daripada kacang vanilla dan larut biasanya digunakan dalam gula-gula, aiskrim dan pewangi. Ia hanya boleh larut dalam alkohol sahaja. (Anon:2006)

Penambah-penambah yang disebut diatas merupakan penambah makanan yangperlu dielakkan.

Manakala bahan tambah makanan daripada sumber asli pula seperti garam, gula, dan cuka adalah bahan daripada sumber asli yang digunakan untuk mengawetkan makanan. Contoh bahan makanan yang diawet dengan bahan tambah ini ialah ikan masin, jem, dan makanan dalam tin.

JENIS PENAMBAH MAKANAN

Nombor E

E bermaksud Kesatuan Eropah (EC) dan nombor E merujuk kepada pelbagai jenis penambah makanan. Jika penambah makanan mempunyai Nombor E, ini bermakna penggunaannya diluluskan di seluruh Negara EC. Kini Nombor E digunakan di serata dunia termasuk termasuk Malaysia. Kedudukan penambah makanan telah ditentukan mengikut susunan Nombor E seperti berikut:

· E100-199-pewarna

· E200-299-pengawet

· E300-399-pengoksida, fosfat dan agen anti pengoksida

· E400-499-pemekat, pelembap, pencegah ketulan dan pemantap

· E500-599-garam dan adunan lain

· E600-699- penambah perisa

· E900-999-pengilat, pemanis, sebatian untuk tepung

· E1000-1399-pelbagai bahan penambah makanan

· E1400-1499-kanji tiruan (Anon:2006)

Kod-kod lemak babi dalam makanan

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280, E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904.

MAKANLAH APA YANG DIHALALKAN KEPADA KITA,PENGHARAMAN SESUATU PASTI ADA MANFAAT BAGI HIDUP

GUNALAH PRODUK ISLAM YANG PASTI KESUCIANNYA!!