"ANDAI DIRI TIDAK SEBAIK SUMAYYAH,NAMUN BERSYUKUR ANDAI DIRI PERNAH MENABUR BENIH ISLAM DIBUMI"

Tuesday, December 21, 2010

TUTUP URAT ATAU AURAT??

Bismillahirrahmanirrahim.......dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Amat Pengasihani...ameen

disaat kesempatan masa dan nafas yang dipinjamkan yang Allah berikan ini ingin saya coretkan sedikit persoalan untuk direnungan bersama.....walaupun kadang-kadang bab2 cam ni sesetengah orang tidak berapa gemar untuk mengetahuinya...dimanakah tahap aurat yang difahami oleh semua orang??apakah kerudung atau tudung yang digunakan untuk tutup kepala sudah dinamakan menutup aurat??

kelewatan ini banyak artis-artis, mahupun orang awam telah banyak memakai tudung..penulis bersyukur ats semua itu,,walaupun hnya berfesyen...namun bimbang bertudung itu hanya untuk sementara sahaja...sedangkan menutup aurat itu adalah WAJIB disisi agama...bukannye menutup urat..fahamilah perbezaannya............namun sedikit renungan untuk yang bergelar wanita,,kata-kata ini juga ku tujukan jua buat diriku....apakah ini semua kerana peredaran zaman??hanya untuk berfesyen?andai ia difahami betul-betul peranan menutup aurat yang sebenarnya dan mengetahui kebaikan bertudung psti merasai indah dan betapa selesanya bertudung,,Islam tidak melarang untuk kelihatan cantik,kerana Allah sukakan yang cantik tapi cantik yang digariskan oleh disisi Islam ada batasnya,,cantik yang tidak sampai tahap tabarruj(berhias dengan berlebih-lebihan)dan menutup aurat!

Fahamilah wahai sahabat seagamaku,

hayati isi-isi Al-Quran yang telah diwahyukan oleh Jibril kepada Nabi Muhammad S.A.W...x kan Allah menurunkan wahyu jika tiada manfaat baginya.....daripada kalamullah yang teragung!dari surah al-Nur berfirman Allah....

31. dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.

(colour y berlainan menunjukkan isi dan point yang disebut dalam ayat tersebut)

betapa Allah menyebut terang-terangan dalam ayat tersebut kepada yang bergelar wanita yang BERIMAN,

a)menyekat daripada perkara yang diharamkan

b)memelihara kehormatan

c)tidak memperlihatkan perhiasan kecuali yang zahir sahaja

d)menutup belahan leher kerudungya hingga kedada

e)hanya memperlihatkan perhiasan kepada muhrim sahaja

bertaubatlah kamu kepada Allah!moga kamu berjaya!!

ingin penulis menampilkan satu contoh:

apakah baik makanan yang ditayangkan tanpa menutup dengan tudung saji secara keseluruhannya??sekiranya tudung saji itu berlubang,lalat akan cuba juga untuk menghampiri makanan tersebut...dan makanan tersebut akan dihinggapi lalat,apakah kita mahu untuk makanan yang dihinggapi lalat??

sudah mesti kita menolaknya!

begitulah juga dengan kita,jika tubuh tidak dibaluti dengan kain yang sebaiknya(tebal,tidak menampakkan susuk tubuh badan dan kulit), maka senanglah lelaki-lelaki miang yang menghampirinya,,

tutuplah aurat sebelum ditutup dengan kain kafan yang serba putih,
kain yang tidak mengenal erti darjat,pangkat,kemewahan,
sedarkan diri,
'sebelum undangan menjemputmu,
untuk bertemu dengan Maalik,
untuk dianugerahkan syurga atau neraka!

takutlah kerana Allah,
kerana Dia Tuhan segala kemahuan,
doa menjadi pendinding,
moga terus kekal dengan keberkatannya,
moga syurga pilihan utama kita!


Tuesday, December 7, 2010

mana satu pilihan hati???

Saya bertanya kepada emak, "mak mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?"

Mak jawab, "dua-dua bukan.."

Saya tercengang. Mak mengukir senyuman.

"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." saya menarik nafas dalam-dalam.

"Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.

"Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.

"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.." mak menyusun ayat-ayatnya.

"Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu.."

Saya memintas, "Tak faham.."

Mak menyambung, "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.."

Mak menyambung lagi, "Begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."

Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini..

Mak menyambung, "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi. Persoalannya ialah.. siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.

Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

"Mak dulu masa muda ada secret admire. Rajin betul dia hantar surat. Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal. Mak nak belajar sungguh-sungguh. Lama budak tu tunggu mak. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu," Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

"Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak.

Emak ketawa kecil.

"Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain. Mak, seperti kakak.." Mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

"Dulu bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji. Sebab zaman tu hujung 70-an dan awal 80-an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya. Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.." emak melemparkan pandangan ke lantai.

"Selepas itu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.

Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya.

Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

"Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni. Tetapi kita kena ingat. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai. Bercouple mungkin. Tetapi bukan berkahwin. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."

Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak.

Emak meneruskan, "Allah itu Maha Adil. Dia tak pernah menzalimi hamba-Nya. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hamba-Nya ialah diri hamba tu sendiri. Sebabnya hamba itu degil. Dia mahukan yang bukan haknya dan yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.

Cuba renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya," emak berhenti seketika.

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.

"Jadi di sini mak nak kamu faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita beritahu pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak ayah adalah kerana mencintai Allah. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beritahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata."

"Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. Hanya Allah yang boleh memegangnya. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti."

"Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kamu, terimalah dengan hati yang redha. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kamu sayang, tak jadi hal lah. Tapi kalau dapat yang kamu tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kamu ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kamu sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kamu sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kamu.. Alangkah bertuahnya kamu kalau kamu mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur," sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. "Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara," emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

- Artikel iluvislam.com

SENYUMLAH!SENYUMLAH!.......


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

SALAM MAAL HIJRAH 1432H KEPADA SAHABAT-SAHABAT


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



MOGA PERALIHAN TAHUN,MENJAMINKAN AMALAN DAN AKHLAK YANG LEBIH BAIK!!

Saturday, November 6, 2010



Bismillahirrahmanirrahim………..
DENGAN NAMA ALLAH YANG PEMURAH LAGI AMAT PENYAYANG
Firman ALLAH TAALA:
“Wahai nabi, suruhlah isteri-isteri kamu dan anak-anak perempuanmu yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuh (semasa mereka keluar) cara yang demikian untuk mereka kenal(sebagai perempuan-perempuan yang baik) maka dengan itu mereka tidak akan diganggu dan ingatlah Allah Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani
(al-Ahzab:59)

Bicara hati seorang perempuan….

Akulah si tulang bengkok,
Yang Kau gubah dengan kekuatan perasaan mengatasi panjangnya akal
Sebagai fitrah dan anugerah hasil doa seorang lelaki
Namun biarlah kejadianku memberi guna
Bengkok yang ada manfaatnya….

Kiranya aku menjadi seorang isteri,
Kurniakan aku kekuatan yang membolehkan aku
Menjadi tulang belakang seorang suami…pengembang perjuangan sayap kiri
Diadun dengan kelembutan yang melayakkan aku
Menjadi teman setia, penyejuk mata, pembina semnagat, penguat jiwa,
Seanggun peribadi Siti Khadijah
Sumber ketenangan Muhammad S.A.W utusan ALLAH SWT
Bebas jiwa dari belenggu perasaan keperempuanan yang memiliki nafsu sembilan
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti Fatimah yang sering ditinggalkan suaminya Saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa bertanya “bilakah pulang??”



Disambut kepulangan degan khidmat..bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga, tempat suburnya cinta ketuhanan,
Akal yang tunggal…tidak akan dibiarkan hanya berlegar dicelahan periuk belanga
Dibalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam dialam sejagat
Menjadi pentadbir disebalik tabir

Namun “siapakah aku untuk memiliki watak wanita solehah??”
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang di hati
Maka kurniakan aku sekeping hati yang sentiasa insaf
Hak seorang suami tidakkan mungkin dapatku penuhi
Biar telahku jilat nanahnya yang berlelehan
Telahku tadahkan wajah untuk mengusap debu ditelapak kaki

Dan semangatnya aku mengimpikan
Watak seorang ibu yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Mus’ab bin Umair yang menggadai dunia demi kasih Tuhannya,
Segigih Zubair Ibn Al-Awwam yang diangkat oleh Rasul sebagai ‘hawarijnya’
Hasil didikan ibunya…setelah melalui zaman anak-anak yang yatim dan kekurangan
Memiliki puteri setabah dan seteguh Masyitah..rela direbus demi mempertahankan iman
Atau..sesuci Maryam yang seluruh hidupnya mengabdikan diri kepada Tuhan

Meskipun aku bukan ibunya yang memilki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani…yang tiap titis darah mampu berzikir kehadrat ilahi
Mudah-mudahan zuriatku yang bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Srikandi-srikandi yang memakmurkan muka bumi Allah dengan kesolehan
Yang saling berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan Islam diakhir zaman sepertimana,
Kisah seorang ibu yang telah kematian putera-puteranya dimedan jihad,
“Mereka telah bahagia sebagaiman aku bahagia…aduhai,kiranya aku punya seorang anak lagi,aku rela dia turut gugur dijalan Ilahi….”
Namun jika aku,kau tqdirkan akan kehilangan mereka,tetapkanlah hatiku
Setenang Ummu Faisal….yang tidak menjadikan kematian suami dan anak-anaknya
Halangan untuk membulatkan kecintaan buatmu Tuhan,
Redhailah daku yang dhaif sebagai hambaMu…kerana munajat kasihmu sndiri…
Ku lihat kebanyakan isi neraka adalah perempuan…..

Tanpa petunjukMu,
Siapalah aku….






Monday, November 1, 2010

Bismillahirrahmanirrahim……………………………
Sudah lama meninggalkan deretan tulisan blog yang x sberapa ini,,kali ini sibuk dengan buat tesis maklumlah dah tahun akhir kat ukm ni,,,sedang sibuk buat persiapan tesis,terasa plop nk singgah sebentar kat blog……ish2….memang dah lame x update,,,law orang x taw la,law x update dirinya,x taw nk top up ke arah yang lebih baik x taw la kan…..untuk kali ini sambil memberi pengetahuan kepada pelawat2 yang dtg mlawat w/pun kurg y melawat,namun penulis hrp singgahn ke blog ini dpt mberikn faedah dan manfaat…..insya Allah..ameen.kali ini,penulis akan memberitahu serba sdikit sal ilmu mawarith…………
DEFINISI ILMU MAWARITH
Sepertimana yang diketahui,ilmu mawarith merupakan ilmu yang membawa seseorang itu mengetahui tentang waris-waris yang berhak terhadap harta pusaka atau harta peninggalan si mati dan kadar yang wajib bagi setiap waris yang ditinggalkan.
DALIL PENSYARIATAN:
Al-Quran al-Nisa’4:7
             •      • 
7. orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari harta Yang ditinggalkan itu; Iaitu bahagian Yang telah Diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah).
Sesungguhnya,pembahagian harta pusaka telah terperinci disebut dalam Al-Quran kepada waris-waris serta kadar yang diperolehi setiap seorang. Antaranya,ialah:
                              •                       •                       •     
11. Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, Iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta Yang ditinggalkan oleh si mati. dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta Yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang Yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat Yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya Yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti Yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

KATEGORI WARIS:

a) Ashab al-Furudh – waris yang telah ditetapkan dalam Al-Quran,al-Sunnah, Ijma’

b) A’sabah – waris lelaki yang tidak diselangi oleh perempuan.

c) Dhawi al-arham – waris yang mempunyai hubungan dengan si mati selain ashab al-furudh dan a’sabah.

RUKUN-RUKUN PERWARISAN:

a) Al-Muwarrith
Iaitu pewaris yang meninggal dunia sama ada secara hakiki, hukmi atau taqdiri

b) Al- Warith
Iaitu orang yang akan mewarisi harta pusaka tersebut

c) Al- Mawruth
Iaitu harta yang ditinggalkan oleh si mati


SEBAB-SEBAB PEWARISAN:

a) Kerabat atau keturunan
b) Perkahwinan
c) Wala’
d) Agama Islam dan Bait al-Mal (hanya dalam mazhab Syafei dan Maliki sahaja).


HALANGAN-HALANGAN PEWARISAN:

a) Pembunuhan
b) Perhambaan
c) Perbezaan agama


HAK-HAK YANG DITUNTUT sebelum PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA:



*hak-hak ini hendaklah menurut langkah-langkah seperti yang diaturkan iaitu yang pertama,perbelanjaan pengkebumian termasuklah belanja memandi, mengkafan, mbawa jenazah ke kubur, mggali kubur dan mengkebumikannya.langkah kedua ialah dituruti dengan penulisan hutang-hutang si mati, pelaksanaan wasiat, harta sepencarian yang dituntut oleh salah seorang suami atau isteri dan akhirnya ialah pembahagian harta pusaka dibahagikan kepad waris-waris.

Setakat ini dahulu penulis berkongsi ilmu!moga ilmu yang diperolehi sedikit sbanyak mberi input di hari akhirat.INSYA ALLAH..

Rujukan:
Undang-Undang Pusaka Islam:Mohd Zamro Muda & Mohd Ridzuan Awang

Sunday, August 15, 2010

RAMADHAN KAREEM




RAMADHAN KAREEM...
AHLAN WA SAHLAN KU UCAPKAN
HADIRMU BAGAI DITUNGGU SANG HAMBA
NAMUN SEBAHAGIANNYA MENYESALI KEHADIRANMU
KERANA BAGINYA AMAT MENYEKSAKAN DAN MENYAKITKAN
WALAUPUN HADIRMU MEMBAWA RAHMAT
WALAUPUN DATANGMU MEMBAWA KEAMPUNAN
NAMUN,KEHADIRANMU BAGAI ANGIN YANG MENGHEMBUS
TAPI........
TIADA DIHARGAI
KEJAMNYA
DIMANAKAH MATA HATI UNTUK MENILAI???

KUTIPLAH CEBISAN KASIH SAYANG DARIPADANYA
AGAR DIRIMU MERASA BAHAGIA DAN SELAMAT DISAMPINGNYA
CARILAH REDHANYA
AGAR AMALANMU DITERIMA
IMAN PENDINDINGMU
ISTIQAMAH PENDIRIANMU
MOGA DIRIMU SENTIASA DISAMPINGNYA
MOGA TIDAK TERHIJAB DARI MENDAPAT CAHAYANYA
AMEENN....................................

Wednesday, July 28, 2010





ASSALAMUALAIKUM SAHABAT2 SEKALIAN,,,RASENYER X TERLEWAT UNTUK MENGUNGKAPKAN SECEBIS UCAPAN 'SELAMAT DATANG", "AHLAN WASAHLAN" KHUSUS KEPADA SAHABAT-SAHABAT YANG BARU MELANGKAH KE DUNIA UNIVERSITI.SESUNGGUHNYA ANDA BERUNTUNG KERANA MASIH DIBERI KESEMPATAN OLEH ALLAH UNTUK MENIKMATI HIDUP DI UNIVERSITI...SESUNGGUHNYA,BERADA DI UNIVERSITI MERUPAKAN ZAMAN YANG PENUH DENGAN RINTANGAN DAN UJIAN TAMBAHAN PULA MEMPUNYAI JIWA MUDA YANG SENTIASA INGINKAN BENDA BARU DAN KEBEBASAN...NAMUN,SUNTIKAN DAN SUBURKAN SEMANGAT MUDAMU UNTUK TINGKATKAN KEIMANAN DAN MENGIMARAHKAN ISLAM DI ATAS PENTAS DUNIA INI DISAMPING MENCARI SETITIK ILMU,YANG HANYA SECEBIS DARIPADA ILMU-ILMU ALLAH..OH!SUNGGUH KERDIL DIRI...


SELEPAS SEMINGGU BERADA DILUBUK MMP,BERMULALAH PULA MINGGU PENGENALAN PERSATUAN PELAJAR...KAMI MENYAMBUT BAIK SAHABAT2 SEKALIAN..MOGA HARI YANG DIBERIKAN TEMPOH SEMINGGU UNTUK KALIAN DAFTAR DAPAT ANDA MENGENALI PERSATUAN DENGAN MESRA LAGI...SESUNGGUHNYA,PERSATUAN ADALAH AMAT PENTING UNTUK PARA MAHASISW BERORGANISASI.INI KERANA,MAHASISWA/I DAPAT MENGUTIP ILMU-ILMU PENGURUSAN ORGANISASI DISAMPING MUTIARA PENGALAMAN YANG BAKAL DIJADIKAN NOSTALGIA PADA HARI TUA KELAK.


KUTIPLAH ILMU SEBERAPA BANYAK YANG MUNGKIN AGAR HIDUPMU CERAH DIKALA GELAP,LUAS DIKALA SEMPIT,MOGA KITA SENTIASA THABAT DALAM MENUTUP ILMU..BAK KATA USTAZ ABDUL RAHMAN BIN MAHMOOD,(SLH SEORANG PENSYARAH PENGAJIAN ISLAM QISM USULUDDIN)STUDY FOR ALLAH AND 4 FLAT!!!...TIERINGATKAN KATA2 NYA KETIKA MENGIKUTI CERAMAH
"NUR QALBI" ANJURAN PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM DI BSS UKM..MOGA PROGRAM INI SENTIASA MENCURI HATI INSAN2 YANG LAIN SUPAYA LEBIH MERAMAIKAN MAJLIS ILMU INI,AMIN...


UNTUK SAHABAT2 SEPERJUANGANKU YANG TIDAK PERNAH GENTAR DAN TANPA PENAT LELAH MENINGGIKAN ALLAH,DOAKU MOGA KITA SENTIASA DITEGUHKAN HATI DALAM AGAMANYA,AGAMA YANG PENUH KESUCIAN!!TIDAK LUPA JUGA KEPADA SAHABAT2, MOGA DAPATKAN LUASKAN JARINGAN UKHUWWAH MOGA ISLAM SENTIASA TERSEBAR..

Wednesday, May 26, 2010

10 WASIAT IMAM HASAN AL-BANNA

1.Apabila saudara mendengar azan solat fardhu , segeralah bangun untuk bersolat serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.



2.Bacalah ( fahamilah ) Al-Quran atau tataplah ilmu atau dangarlah perkara yang baik atau berzikir , janganlah sesekali saudara membuang masa dan melakukan perkara sia-sia.


3.Berusahalah sedaya-upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab kerana ia merupakan salah satu syari’at Islam.


4.Janganlah banyak berdebat dalam apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong tidak mendatangkan sebarang kebaikan.


5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah S.W.T. itu sentiasa tenang dan tenteram.


6.Saudara janganlah banyak bergurau kerana umat yang berjihad sentiasa bersungguh-sungguh dan serius dalam setiap perkara.


7.Janganlah saudara bercakap lebih nyaring ( kuat / meninggikan suara ) daripada kadar yang dikehendaki pendengar kerana ia menjemukan serta boleh menyakiti pendengar.


8.Jauhkan dari mengumpat , mengecam pertubuhan dan jangan bercakap melainkan perkara yang mendatangkan kebaikan.Sabda Rasulullah S.A.W. ; ”Berkatalah kamu perkara yang baik atau ( jika sebaliknya ) diam”.


9.Berkenalanlah dengan setiap rakan yang saudara tidak meminta demikian kerana asas-asas Da’wah ialah berkasih-sayang dan berkenalan.


10.Kewajipan seseorang labih banyak dari waktu , oleh itu , bantulah rakanmu untuk memanfaatkan waktu mereka dan jika saudara berurusan , maka singkatkanlah masa perlaksanaannya.

Thursday, May 20, 2010

MUHASABAH DIRI

salam buat sahabat2 seagama...sejak kebelakangan ini banyak sangat jika dilihat dengan mata kasar tentang anak yang banyak sekali dibuang,sama ada di tong sampah,ditandas atau ditempat lainnya..memang sungguh menyedihkan.Fenomena ini dapat dilihat setiap dan saban hari..bukak jer televisyen,,bukak jer akhbar memang menyedihkan...mengikut kajian, kira-kira lebih kurang 15 minit seorang bayi dilahirkan ke dunia,namun aper yang menyedihkan ialah lahirnya dia ke dunia tanpa belas kasihan yang diberikan,,

pelbagai inisiatif dibuat oleh pihak kerajaan,namun hasilnya sedikit sahaja kes-kes yang dapat dibanteras oleh kerana kes-kes yang timbul terlampau banyak. bila difikirkan, kenapa ianya terjadi??adakah dunia sekarang ini akhir zaman???apakah ibu bapa yang harus dipersalahkan dalam isu seperti ini??? rasanya cara yanag terbaik untuk mengatasi masalah ini seharusnya bagi pihak-pihak berkuasa dan kerajaan meneliti sedalam-dalamnya apakah punca utama yang menjadi dalang kepada semua kes-kes yang timbul..Namun bukan pihak kerajaan,ibu bapa sahaja yang harus dipersalahkan,diri sendiri pun mesti pandai memilih dan menilai jalan mana yang harus dipilih!Andainya anda seorang remaja,fikirlah!adakah anda inginkan diri anda diperosakkan oleh budaya yang tidak bertamadun??adakah anda inginkan keseronokkan tanpa menghirau kemana maruah anda??TEPUK DADA TANYA IMAN!!

Memang betul firman Allah:

sesungguhnya solat menahan daripada keburukan dan kemungkaran"

solat adalah segala-galanya..andai solat tidak dijaga maka senanglah anasir-anasir luar akan melingkari seseorang itu..senang sangat benda buruk,benda yang x baik berlaku.

bagi sahabat-sahabat yang seremaja dengan ku...jagalah remajamu..walau pun masa remaja pendek,namun penuhkanlah ia dengan sesuatu yang mendekatkan diri padanya..jangan biarkan dirimu diselubungi rasa bersalah dikala usia tua..

Sunday, February 21, 2010

jom!!sama-sama penuhkan padang pavilion!!

ANDA SEMUA DI JEMPUT UNTUK MEMERIAHKAN MAJLIS INI..

PROGRAM KARNIVAL KESENIAN ISLAM

Tarikh : 24 – 28 Februari 2010
Tempat : Padang Pavillion, UKM
Anjuran : Persatuan Mahasiswa FPI, UKM Dengan Kerjasama Kelab – Kelab Jabatan, FPI, UKM Anjuran Bersama Kelab Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM) UKM

Program harian :

-Pameran Kerjaya (Foyer Fpi, UKM)
-Pameran Negara Islam
-Derma Darah (Foyer Fpi, UKM)
-Gerai Jualan
-Sukan sutramoden
(traditional dan moden)
-Muslimah Corner

Aktiviti Menarik!!!

24/2/2010 (Rabu)
- Demontrasi Seni Silat
(9.00pg-11.00pg)
- Taklimat Kerjaya - Foyer Fpi, UKM
(3.00ptg – 5.00ptg)
- Tilawah al-Quran
(8.00mlm – 11.00mlm)

25/2/2010 (Khamis)
- Busana Muslimah
(9.00pg – 5.00ptg)
- Diskusi Siswa
(3.00ptg – 5.00ptg)
- Majlis Perasmian
(8.00mlm – 11.00mlm)

26/2/2010 (Jumaat)
- Ceramah Kesihatan - Foyer Fpi, UKM
(9.00pg – 11.00pg)
- Demontrasi Hukuman Sebat
(3.00ptg – 5.00ptg)
- Malam Kesenian :
Konsert Tour de Tahfiz
(8.00mlm – 11.00mlm)

27/2/2010 (Sabtu)
- Senam Aerobik/ Larian Amal
(8.00pg – 11.00pg)
- Pertandingan Khat
(9.00pg – 12.00tghari)
- Forum Bicara Ad-Din
(8.00mlm – 11.00mlm)

28/2/2010 (Ahad)
- Pertandingan Mewarna Pelajar Sekolah
(9.00pg – 12.00tghari)
- Majlis Penutup
(8.00mlm–11.00mlm)

SEMUA D IJEMPUT HADIR...

Sebarang Pertanyaa Hubungi Kami:

Zaki - 0132125179
Hafifi - 013-3006931

Saturday, January 2, 2010

SUMAYYAH..muslimat pertama syahid

Sumayyah binti Khabath adalah hamba Abu Huzaifah bin Mughirah. Tuannya mengahwinkan Sumayyah dengan Yasir bin Amir, perantau dari Yaman ke Mekah. Apabila Allah mengurniakan mereka seorang anak yang diberi nama Amar, Abu Huzaifah pun membebaskan Sumayyah daripada menjadi hambanya.

Apabila Islam mula tersebar, keluarga Yasir antara golongan pertama memeluk agama suci itu. Sumayyah tidak gentar dengan amaran musyrikin Quraisy yang menyeksa dan membunuh sesiapa yang memeluk Islam.

Apabila bangsawan Quraisy mengetahui Sumayyah sudah memeluk Islam, mereka menyerbu rumahnya. Keluarga Amar ditangkap dan dibawa ke khalayak untuk diseksa.

"Mereka sudah menyahut ajaran Muhammad walaupun ditegah oleh pihak atasan Quraisy. Kamu akan menerima balasan kerana ingkar perintah kami," kata Abu Jahal kepada pengikutnya sambil menarik keluarga Yasir yang terikat ke kawasan padang pasir di luar kota Mekah.

"Mereka tidak serik dengan hukuman kita walaupun pengikut agama yang dibawa Muhammad telah diseksa oleh kita," kata seorang bangsawan Quraisy yang berjalan di sebelah Abu Jahal.

"Kali ini saya tidak akan bebaskan mereka bertiga sehingga mereka mengaku berhala-berhala kita sebagai tuhan mereka," tegas Abu Jahal yang mengacah tombaknya ke arah keluarga Yasir yang diseret secara kasar oleh pengikut Abu Jahal.

Mereka berhenti di kawasan lapang yang dipenuhi bongkah batu besar. Yasir, Amar dan Sumayyah ditanggalkan pakaian mereka lalu diikat pada bongkah batu yang panas mendidih dipanah matahari padang pasir.

Kaki dan tangan mereka diikat ketat sehingga tidak dapat bergerak seinci pun. Abu Jahal, pembesar Quraisy dan pengikut setianya ketawa melihat penderitaan ketiga beranak itu.

"Kamu akan diseksa dengan lebih teruk seandainya kamu tidak mahu meninggalkan agama yang dibawa oleh Muhammad. Kamu akan dibebaskan jika kamu sanggup mengaku berhala-berhala di kota Mekah ini sebagai tuhan kamu," Abu Jahal mula mengambil tali sebat bagi menakutkan Yasir, Sumayyah dan Amar.

"Kami tidak akan mengaku berhala-berhala itu sebagai tuhan kami. Hanya Allah Tuhan kami," balas Yasir dengan tenang.

"Saya beriman dengan Allah sahaja," kata Sumayyah pula.

"Berani kamu melawan kata-kata saya," api kemarahan Abu Jahal semakin membara mendengarkan kata-kata Sumayyah itu tadi.

"Ini balasan kepada kamu kerana enggan menerima berhala-berhala sebagai tuhan kamu," Abu Jahal dan pengikutnya mula menyebat tubuh Yasir, Sumayyah dan Amar dengan kejam. Hinggakan darah mengalir daripada tubuh mereka yang terikat pada bongkah batu yang panas dipanah matahari tengah hari.

Berita penyeksaan keluarga Yasir sampai ke pengetahuan Nabi SAW sehingga baginda dan Abu Bakar keluar bagi menyelamatkan keluarga tersebut daripada seksaan kejam Abu Jahal dan pengikutnya. Namun, mereka dihalang oleh orang-orang Quraisy yang menyaksikan seksaan terhadap keluarga Yasir.

Hati Abu Jahal semakin sakit melihat reaksi Yasir, Sumayyah dan Amar yang masih enggan menerima berhala sebagai tuhan mereka. Dia mengarahkan pengikutnya memakaikan baju besi kepada ketiga-tiga ahli keluarga tersebut agar bahang matahari semakin menyeksa mereka.

"Kita lihat berapa lama kamu boleh menahan seksa di tengah-tengah kepanasan matahari ini," sindir Abu Jahal sambil memandang wajah Yasir dan Sumayyah dengan bengis.

"Tiada tuhan melainkan Allah," kata Yasir, Sumayyah dan Amar merintih dalam kesakitan memakai baju panas.

"Letakkan batu besar ke atas badan Yasir," arah Abu Jahal lagi kerana geram mendengar kata-kata Yasir sekeluarga.

Seksaan demi seksaan ke atas Yasir menyebabkan fizikalnya menjadi lemah kerana usianya yang sudah lanjut. Akhirnya, Yasir menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan menyebut nama Allah tanpa menerima agama berhala Abu Jahal.

Walaupun hati Sumayyah hancur melihat suaminya mati akibat seksaan Abu Jahal yang kejam, dia gembira kepada suaminya mati dalam menegakkan agama Allah.

"Kamu pun mahu mati seperti suami kamu. Lebih baik kamu terima tawaran saya sebelum ajal kamu tiba!" Abu Jahal mahu menunjukkan yang seksaannya mampu mengubah pendirian pengikut Nabi Muhammad kepada ajaran berhala.

"Jangan kamu berharap saya akan menurut kata-kata kamu itu. Tiada tuhan melainkan Allah,". Hati Sumayyah keras seperti batu teguh pada keimanannya pada Allah.

"Kamu sudah semakin degil dan melawan kata-kata saya!" Abu Jahal mengambil tombak dari tangan kanannya lalu dicucuk ke dalam alat sulit Sumayyah.

"Allahu Akbar". Begitulah kata terakhir Sumayyah sebelum menghembuskan nafasnya akibat tikaman tombak Abu Jahal itu.

Kematian Sumayyah dengan nama Allah di mulutnya demi mempertahankan keimanan pada Allah adalah peristiwa penting dalam sejarah pengembangan agama Islam. Sumayyah adalah wanita pertama mati syahid dalam sejarah Islam



Kami berpakat untuk mengadakan satu majlis ilmu disurau kami..walaupun begitu,kehadiran pihak muslimin boleh dikatakan agak memberansangkan daripada pihak muslimat di surau al-aqsa..ketidakramaian orang menyebabkan sahabatku merasakan putus asa namun,aku memujuknya agar menganggapkan ia adalah satu ujian...begitu juga lirik nasyid malaysia...

"ujian adalah tarbiah dari Allah...apakah kita akan sabar atau sebaliknya"

walaupun jumlah dipihak muslimat tidak mencecah daripada lima orang,namun kami turut bertegas untuk stil dengan rancangan tersebut...semasa kami sedang mendengar video(sebagai naqibah) yang ditayangkan,sejurus selepas itu ada plak y datang untuk mendengar tazkirah tersebut...alhamdulillah..akhirnya kami dapat mengkhatamkan juga halaqah tersebut dengan baik

kenali diri anda

~DARAH 'O ' Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.

~DARAH 'A ' Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu disekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan mu. Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.

~DARAH ' B' Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

~DARAH 'AB ' Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat kepu
tusan untuk diri kamu sendiri...
MAHU PERCAYA.semuanya ditangan kamu!terpulanglah


TANDA FIRASAT TAHI LALAT
bibir atas kanan=banyak rezeki, pandai
bibir atas kiri=ramai kawan, baik hati
bibir bawah kanan=disegani orang, ramai yg suka
bibir bawah kiri=pandai bicara, tak mudah kalah
leher kanan=cerdas, jujur, berani menderita
leher kiri=cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan
leher di tengah=tercapai cita-cita
biji mata kanan=suka serong dan pembohong
biji mata kiri=pembohong tetapi baik hati
hujung mata kanan=baik hati, sopan santun, cerdas
hujung mata kiri=baik budi, murah rezeki

punggung kanan=agak mengalami kesulitan
punggung kiri=malas dan suka duduk
betis kanan=suka berhibur, boros
betis kiri=rajin,tidak suka menganggur
lutut kanan=bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha
lutut kiri=kurang kuat berusaha
kepala sebelah kanan=terkabul cita-cita
kepala sebelah kiri=sering menemui kesusahan
kepala sebelah belakang=jujur, sabar dan tekun
kening kanan=cerdas dan cekap
kening kiri=cerdas, sopan santun
tengah kening=keras hati, berani segala hal
hujung mulut kanan=kecil rezeki, tak mudah kalah
hujung mulut kiri=suka berpoya-poya

ketiak kanan=dapat menyimpan rahsia
ketiak kiri=jujur, banyak yang cinta
pergelangan kaki kanan=suka berpergian (keluar rumah)
pergelangan kaki kiri=kehendak kuat
batang hidung=banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
pada hidung=banyak rezeki
dagu bawah kanan=jujur dan baik hati
dagu bawah kiri=bijak sana dan berbudi luhur

tumit kanan=jujur dan banyak kawan
tumit kiri=baik budi
alis kanan=suka menolong, baik hati
alis kiri=ramai yang suka
pangkal peha kanan=kemahuan kuat
pangkal peha kiri=suka kerja apa pun
telapak kaki kanan=tak mudah mengeluh
jari kaki kanan=suka menolong
jari kaki kiri=berbudi, suka berbuat baik
bahu kanan=cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan
bahu kiri=suka kerja keras, banyak tanggungjawab

lengan kanan=setia dan taat pada atasan
lengan kiri=menepati janji dan rajin
pipi kanan=ramai teman
tengah-tengah pipi kanan=ramai yg suka
tengah-tengah pipi kiri=ramai teman
ubun-ubun=kurang jujur
pusat=cerdas, tangkas, tekun
pusat bahagian kanan=sejahtera dalam hidup
pusat bahagian kiri=beroleh kemuliaan
pinggang kanan=sayang pada pasangan hidup
pinggang kiri=disayang pasangan hidup
dada kanan=dapat mengatasi masalah
dada kiri=berani, jujur dan sabar

telapak kaki kanan=tidak mudah mengeluh
telapak kaki kiri=baik budi pekertinya
siku tangan kanan=kuat ingin memiliki kekayaan
siku tangan kiri=baik hati, suka menolong
jari tangan kanan=serba beroleh keuntungan
jari tangan kiri=serba baik bekerja
jari telapak tangan kanan=banyak rezeki tapi boros
jari telapak tangan kiri=banyak rezeki dan cermat

pergelangan tangan kanan=boros, suka bersukaria
pergelangan tangan kiri=dapat berpangkat
perut bawah kanan=banyak rezeki, suka memberi maaf
perut bawah kiri=baik hati, tenang hidupnya
sudut mata kanan dalam=disayang suami atau isteri
sudut mata kiri dalam=tidak mudah dilupakan pasangan
sudut mata kanan luar=baik budi, ramai yg cinta
pelipis kiri=murah rezeki, dpt jadi kaya
pelipis kanan=serba berhasil dalam usaha
kelopak mata kanan atas=baik hati, ramah, berjaya
kelopak mata kiri atas=baik budi, ramai yg suka
kelopak mata kanan bawah=agak malas
kelopak mata kiri bawah=agak bodoh, kurang bijaksana