"ANDAI DIRI TIDAK SEBAIK SUMAYYAH,NAMUN BERSYUKUR ANDAI DIRI PERNAH MENABUR BENIH ISLAM DIBUMI"

Saturday, November 6, 2010



Bismillahirrahmanirrahim………..
DENGAN NAMA ALLAH YANG PEMURAH LAGI AMAT PENYAYANG
Firman ALLAH TAALA:
“Wahai nabi, suruhlah isteri-isteri kamu dan anak-anak perempuanmu yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuh (semasa mereka keluar) cara yang demikian untuk mereka kenal(sebagai perempuan-perempuan yang baik) maka dengan itu mereka tidak akan diganggu dan ingatlah Allah Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani
(al-Ahzab:59)

Bicara hati seorang perempuan….

Akulah si tulang bengkok,
Yang Kau gubah dengan kekuatan perasaan mengatasi panjangnya akal
Sebagai fitrah dan anugerah hasil doa seorang lelaki
Namun biarlah kejadianku memberi guna
Bengkok yang ada manfaatnya….

Kiranya aku menjadi seorang isteri,
Kurniakan aku kekuatan yang membolehkan aku
Menjadi tulang belakang seorang suami…pengembang perjuangan sayap kiri
Diadun dengan kelembutan yang melayakkan aku
Menjadi teman setia, penyejuk mata, pembina semnagat, penguat jiwa,
Seanggun peribadi Siti Khadijah
Sumber ketenangan Muhammad S.A.W utusan ALLAH SWT
Bebas jiwa dari belenggu perasaan keperempuanan yang memiliki nafsu sembilan
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti Fatimah yang sering ditinggalkan suaminya Saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa bertanya “bilakah pulang??”



Disambut kepulangan degan khidmat..bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga, tempat suburnya cinta ketuhanan,
Akal yang tunggal…tidak akan dibiarkan hanya berlegar dicelahan periuk belanga
Dibalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam dialam sejagat
Menjadi pentadbir disebalik tabir

Namun “siapakah aku untuk memiliki watak wanita solehah??”
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang di hati
Maka kurniakan aku sekeping hati yang sentiasa insaf
Hak seorang suami tidakkan mungkin dapatku penuhi
Biar telahku jilat nanahnya yang berlelehan
Telahku tadahkan wajah untuk mengusap debu ditelapak kaki

Dan semangatnya aku mengimpikan
Watak seorang ibu yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Mus’ab bin Umair yang menggadai dunia demi kasih Tuhannya,
Segigih Zubair Ibn Al-Awwam yang diangkat oleh Rasul sebagai ‘hawarijnya’
Hasil didikan ibunya…setelah melalui zaman anak-anak yang yatim dan kekurangan
Memiliki puteri setabah dan seteguh Masyitah..rela direbus demi mempertahankan iman
Atau..sesuci Maryam yang seluruh hidupnya mengabdikan diri kepada Tuhan

Meskipun aku bukan ibunya yang memilki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani…yang tiap titis darah mampu berzikir kehadrat ilahi
Mudah-mudahan zuriatku yang bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Srikandi-srikandi yang memakmurkan muka bumi Allah dengan kesolehan
Yang saling berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan Islam diakhir zaman sepertimana,
Kisah seorang ibu yang telah kematian putera-puteranya dimedan jihad,
“Mereka telah bahagia sebagaiman aku bahagia…aduhai,kiranya aku punya seorang anak lagi,aku rela dia turut gugur dijalan Ilahi….”
Namun jika aku,kau tqdirkan akan kehilangan mereka,tetapkanlah hatiku
Setenang Ummu Faisal….yang tidak menjadikan kematian suami dan anak-anaknya
Halangan untuk membulatkan kecintaan buatmu Tuhan,
Redhailah daku yang dhaif sebagai hambaMu…kerana munajat kasihmu sndiri…
Ku lihat kebanyakan isi neraka adalah perempuan…..

Tanpa petunjukMu,
Siapalah aku….






No comments: