"ANDAI DIRI TIDAK SEBAIK SUMAYYAH,NAMUN BERSYUKUR ANDAI DIRI PERNAH MENABUR BENIH ISLAM DIBUMI"

Tuesday, December 21, 2010

TUTUP URAT ATAU AURAT??

Bismillahirrahmanirrahim.......dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Amat Pengasihani...ameen

disaat kesempatan masa dan nafas yang dipinjamkan yang Allah berikan ini ingin saya coretkan sedikit persoalan untuk direnungan bersama.....walaupun kadang-kadang bab2 cam ni sesetengah orang tidak berapa gemar untuk mengetahuinya...dimanakah tahap aurat yang difahami oleh semua orang??apakah kerudung atau tudung yang digunakan untuk tutup kepala sudah dinamakan menutup aurat??

kelewatan ini banyak artis-artis, mahupun orang awam telah banyak memakai tudung..penulis bersyukur ats semua itu,,walaupun hnya berfesyen...namun bimbang bertudung itu hanya untuk sementara sahaja...sedangkan menutup aurat itu adalah WAJIB disisi agama...bukannye menutup urat..fahamilah perbezaannya............namun sedikit renungan untuk yang bergelar wanita,,kata-kata ini juga ku tujukan jua buat diriku....apakah ini semua kerana peredaran zaman??hanya untuk berfesyen?andai ia difahami betul-betul peranan menutup aurat yang sebenarnya dan mengetahui kebaikan bertudung psti merasai indah dan betapa selesanya bertudung,,Islam tidak melarang untuk kelihatan cantik,kerana Allah sukakan yang cantik tapi cantik yang digariskan oleh disisi Islam ada batasnya,,cantik yang tidak sampai tahap tabarruj(berhias dengan berlebih-lebihan)dan menutup aurat!

Fahamilah wahai sahabat seagamaku,

hayati isi-isi Al-Quran yang telah diwahyukan oleh Jibril kepada Nabi Muhammad S.A.W...x kan Allah menurunkan wahyu jika tiada manfaat baginya.....daripada kalamullah yang teragung!dari surah al-Nur berfirman Allah....

31. dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.

(colour y berlainan menunjukkan isi dan point yang disebut dalam ayat tersebut)

betapa Allah menyebut terang-terangan dalam ayat tersebut kepada yang bergelar wanita yang BERIMAN,

a)menyekat daripada perkara yang diharamkan

b)memelihara kehormatan

c)tidak memperlihatkan perhiasan kecuali yang zahir sahaja

d)menutup belahan leher kerudungya hingga kedada

e)hanya memperlihatkan perhiasan kepada muhrim sahaja

bertaubatlah kamu kepada Allah!moga kamu berjaya!!

ingin penulis menampilkan satu contoh:

apakah baik makanan yang ditayangkan tanpa menutup dengan tudung saji secara keseluruhannya??sekiranya tudung saji itu berlubang,lalat akan cuba juga untuk menghampiri makanan tersebut...dan makanan tersebut akan dihinggapi lalat,apakah kita mahu untuk makanan yang dihinggapi lalat??

sudah mesti kita menolaknya!

begitulah juga dengan kita,jika tubuh tidak dibaluti dengan kain yang sebaiknya(tebal,tidak menampakkan susuk tubuh badan dan kulit), maka senanglah lelaki-lelaki miang yang menghampirinya,,

tutuplah aurat sebelum ditutup dengan kain kafan yang serba putih,
kain yang tidak mengenal erti darjat,pangkat,kemewahan,
sedarkan diri,
'sebelum undangan menjemputmu,
untuk bertemu dengan Maalik,
untuk dianugerahkan syurga atau neraka!

takutlah kerana Allah,
kerana Dia Tuhan segala kemahuan,
doa menjadi pendinding,
moga terus kekal dengan keberkatannya,
moga syurga pilihan utama kita!


Tuesday, December 7, 2010

mana satu pilihan hati???

Saya bertanya kepada emak, "mak mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?"

Mak jawab, "dua-dua bukan.."

Saya tercengang. Mak mengukir senyuman.

"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." saya menarik nafas dalam-dalam.

"Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.

"Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.

"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.." mak menyusun ayat-ayatnya.

"Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu.."

Saya memintas, "Tak faham.."

Mak menyambung, "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.."

Mak menyambung lagi, "Begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."

Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini..

Mak menyambung, "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi. Persoalannya ialah.. siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.

Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

"Mak dulu masa muda ada secret admire. Rajin betul dia hantar surat. Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal. Mak nak belajar sungguh-sungguh. Lama budak tu tunggu mak. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu," Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

"Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak.

Emak ketawa kecil.

"Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain. Mak, seperti kakak.." Mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

"Dulu bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji. Sebab zaman tu hujung 70-an dan awal 80-an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya. Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.." emak melemparkan pandangan ke lantai.

"Selepas itu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.

Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya.

Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

"Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni. Tetapi kita kena ingat. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai. Bercouple mungkin. Tetapi bukan berkahwin. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."

Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak.

Emak meneruskan, "Allah itu Maha Adil. Dia tak pernah menzalimi hamba-Nya. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hamba-Nya ialah diri hamba tu sendiri. Sebabnya hamba itu degil. Dia mahukan yang bukan haknya dan yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.

Cuba renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya," emak berhenti seketika.

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.

"Jadi di sini mak nak kamu faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita beritahu pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak ayah adalah kerana mencintai Allah. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beritahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata."

"Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. Hanya Allah yang boleh memegangnya. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti."

"Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kamu, terimalah dengan hati yang redha. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kamu sayang, tak jadi hal lah. Tapi kalau dapat yang kamu tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kamu ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kamu sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kamu sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kamu.. Alangkah bertuahnya kamu kalau kamu mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur," sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. "Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara," emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

- Artikel iluvislam.com

SENYUMLAH!SENYUMLAH!.......


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

SALAM MAAL HIJRAH 1432H KEPADA SAHABAT-SAHABAT


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



MOGA PERALIHAN TAHUN,MENJAMINKAN AMALAN DAN AKHLAK YANG LEBIH BAIK!!

Saturday, November 6, 2010



Bismillahirrahmanirrahim………..
DENGAN NAMA ALLAH YANG PEMURAH LAGI AMAT PENYAYANG
Firman ALLAH TAALA:
“Wahai nabi, suruhlah isteri-isteri kamu dan anak-anak perempuanmu yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuh (semasa mereka keluar) cara yang demikian untuk mereka kenal(sebagai perempuan-perempuan yang baik) maka dengan itu mereka tidak akan diganggu dan ingatlah Allah Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani
(al-Ahzab:59)

Bicara hati seorang perempuan….

Akulah si tulang bengkok,
Yang Kau gubah dengan kekuatan perasaan mengatasi panjangnya akal
Sebagai fitrah dan anugerah hasil doa seorang lelaki
Namun biarlah kejadianku memberi guna
Bengkok yang ada manfaatnya….

Kiranya aku menjadi seorang isteri,
Kurniakan aku kekuatan yang membolehkan aku
Menjadi tulang belakang seorang suami…pengembang perjuangan sayap kiri
Diadun dengan kelembutan yang melayakkan aku
Menjadi teman setia, penyejuk mata, pembina semnagat, penguat jiwa,
Seanggun peribadi Siti Khadijah
Sumber ketenangan Muhammad S.A.W utusan ALLAH SWT
Bebas jiwa dari belenggu perasaan keperempuanan yang memiliki nafsu sembilan
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti Fatimah yang sering ditinggalkan suaminya Saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa bertanya “bilakah pulang??”



Disambut kepulangan degan khidmat..bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga, tempat suburnya cinta ketuhanan,
Akal yang tunggal…tidak akan dibiarkan hanya berlegar dicelahan periuk belanga
Dibalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam dialam sejagat
Menjadi pentadbir disebalik tabir

Namun “siapakah aku untuk memiliki watak wanita solehah??”
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang di hati
Maka kurniakan aku sekeping hati yang sentiasa insaf
Hak seorang suami tidakkan mungkin dapatku penuhi
Biar telahku jilat nanahnya yang berlelehan
Telahku tadahkan wajah untuk mengusap debu ditelapak kaki

Dan semangatnya aku mengimpikan
Watak seorang ibu yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Mus’ab bin Umair yang menggadai dunia demi kasih Tuhannya,
Segigih Zubair Ibn Al-Awwam yang diangkat oleh Rasul sebagai ‘hawarijnya’
Hasil didikan ibunya…setelah melalui zaman anak-anak yang yatim dan kekurangan
Memiliki puteri setabah dan seteguh Masyitah..rela direbus demi mempertahankan iman
Atau..sesuci Maryam yang seluruh hidupnya mengabdikan diri kepada Tuhan

Meskipun aku bukan ibunya yang memilki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani…yang tiap titis darah mampu berzikir kehadrat ilahi
Mudah-mudahan zuriatku yang bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Srikandi-srikandi yang memakmurkan muka bumi Allah dengan kesolehan
Yang saling berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan Islam diakhir zaman sepertimana,
Kisah seorang ibu yang telah kematian putera-puteranya dimedan jihad,
“Mereka telah bahagia sebagaiman aku bahagia…aduhai,kiranya aku punya seorang anak lagi,aku rela dia turut gugur dijalan Ilahi….”
Namun jika aku,kau tqdirkan akan kehilangan mereka,tetapkanlah hatiku
Setenang Ummu Faisal….yang tidak menjadikan kematian suami dan anak-anaknya
Halangan untuk membulatkan kecintaan buatmu Tuhan,
Redhailah daku yang dhaif sebagai hambaMu…kerana munajat kasihmu sndiri…
Ku lihat kebanyakan isi neraka adalah perempuan…..

Tanpa petunjukMu,
Siapalah aku….






Monday, November 1, 2010

Bismillahirrahmanirrahim……………………………
Sudah lama meninggalkan deretan tulisan blog yang x sberapa ini,,kali ini sibuk dengan buat tesis maklumlah dah tahun akhir kat ukm ni,,,sedang sibuk buat persiapan tesis,terasa plop nk singgah sebentar kat blog……ish2….memang dah lame x update,,,law orang x taw la,law x update dirinya,x taw nk top up ke arah yang lebih baik x taw la kan…..untuk kali ini sambil memberi pengetahuan kepada pelawat2 yang dtg mlawat w/pun kurg y melawat,namun penulis hrp singgahn ke blog ini dpt mberikn faedah dan manfaat…..insya Allah..ameen.kali ini,penulis akan memberitahu serba sdikit sal ilmu mawarith…………
DEFINISI ILMU MAWARITH
Sepertimana yang diketahui,ilmu mawarith merupakan ilmu yang membawa seseorang itu mengetahui tentang waris-waris yang berhak terhadap harta pusaka atau harta peninggalan si mati dan kadar yang wajib bagi setiap waris yang ditinggalkan.
DALIL PENSYARIATAN:
Al-Quran al-Nisa’4:7
             •      • 
7. orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari harta Yang ditinggalkan itu; Iaitu bahagian Yang telah Diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah).
Sesungguhnya,pembahagian harta pusaka telah terperinci disebut dalam Al-Quran kepada waris-waris serta kadar yang diperolehi setiap seorang. Antaranya,ialah:
                              •                       •                       •     
11. Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, Iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta Yang ditinggalkan oleh si mati. dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta Yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang Yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat Yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya Yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti Yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

KATEGORI WARIS:

a) Ashab al-Furudh – waris yang telah ditetapkan dalam Al-Quran,al-Sunnah, Ijma’

b) A’sabah – waris lelaki yang tidak diselangi oleh perempuan.

c) Dhawi al-arham – waris yang mempunyai hubungan dengan si mati selain ashab al-furudh dan a’sabah.

RUKUN-RUKUN PERWARISAN:

a) Al-Muwarrith
Iaitu pewaris yang meninggal dunia sama ada secara hakiki, hukmi atau taqdiri

b) Al- Warith
Iaitu orang yang akan mewarisi harta pusaka tersebut

c) Al- Mawruth
Iaitu harta yang ditinggalkan oleh si mati


SEBAB-SEBAB PEWARISAN:

a) Kerabat atau keturunan
b) Perkahwinan
c) Wala’
d) Agama Islam dan Bait al-Mal (hanya dalam mazhab Syafei dan Maliki sahaja).


HALANGAN-HALANGAN PEWARISAN:

a) Pembunuhan
b) Perhambaan
c) Perbezaan agama


HAK-HAK YANG DITUNTUT sebelum PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA:



*hak-hak ini hendaklah menurut langkah-langkah seperti yang diaturkan iaitu yang pertama,perbelanjaan pengkebumian termasuklah belanja memandi, mengkafan, mbawa jenazah ke kubur, mggali kubur dan mengkebumikannya.langkah kedua ialah dituruti dengan penulisan hutang-hutang si mati, pelaksanaan wasiat, harta sepencarian yang dituntut oleh salah seorang suami atau isteri dan akhirnya ialah pembahagian harta pusaka dibahagikan kepad waris-waris.

Setakat ini dahulu penulis berkongsi ilmu!moga ilmu yang diperolehi sedikit sbanyak mberi input di hari akhirat.INSYA ALLAH..

Rujukan:
Undang-Undang Pusaka Islam:Mohd Zamro Muda & Mohd Ridzuan Awang

Sunday, August 15, 2010

RAMADHAN KAREEM




RAMADHAN KAREEM...
AHLAN WA SAHLAN KU UCAPKAN
HADIRMU BAGAI DITUNGGU SANG HAMBA
NAMUN SEBAHAGIANNYA MENYESALI KEHADIRANMU
KERANA BAGINYA AMAT MENYEKSAKAN DAN MENYAKITKAN
WALAUPUN HADIRMU MEMBAWA RAHMAT
WALAUPUN DATANGMU MEMBAWA KEAMPUNAN
NAMUN,KEHADIRANMU BAGAI ANGIN YANG MENGHEMBUS
TAPI........
TIADA DIHARGAI
KEJAMNYA
DIMANAKAH MATA HATI UNTUK MENILAI???

KUTIPLAH CEBISAN KASIH SAYANG DARIPADANYA
AGAR DIRIMU MERASA BAHAGIA DAN SELAMAT DISAMPINGNYA
CARILAH REDHANYA
AGAR AMALANMU DITERIMA
IMAN PENDINDINGMU
ISTIQAMAH PENDIRIANMU
MOGA DIRIMU SENTIASA DISAMPINGNYA
MOGA TIDAK TERHIJAB DARI MENDAPAT CAHAYANYA
AMEENN....................................